comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Bas Ekspres Rempuh Treler, Satu Parah

IPOH: Seorang pemandu bas parah selepas bas ekspres membawa 15 penumpang yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan di kilometer (km) 264 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan memaklumkan berhubung kejadian pada jam 2.30 pagi sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di tempat kejadian mendapati sebuah bas ekspress telah melanggar bahagian belakang treler jenis Mitsubishi Fuso yang membawa muatan besi. Selain terdapat sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi, terbabas ke bahu jalan.

“Pemandu bas mengalami kecederaan parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu. Dua penumpang mengalami cedera ringan manakala selebihnya termasuk pemandu treler selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Katanya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang lain keluar sendiri dan diberi rawatan oleh pihak ambulans sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya

Katanya, operasi tamat pada jam 4.50 pagi.- Berita Harian

Loading...
Terkini