Tumpuan :
Kemalangan

90 rumah Kampung Cenderamata hangus

SANDAKAN: Penghuni 90 rumah di Perkampungan Atas Air, Kampung Cenderamata, Sandakan tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi tadi.

Bagaimanapun dalam kejadian jam dua pagi tadi, semua penghuninya terselamat dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut penduduk, mereka tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda, selain dokumen penting kerana api merebak dengan pantas, kerana angin kuat dan struktur rumah kayu.

Punca sebenar kebakaran bagaimana pun masih dalam siasatan pihak bomba dan penyelamat.

Operasi pemadaman api ditamatkan jam 7.48 pagi tadi.

FOTO: Orang awam

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komissioner Abdul Fuad Abdul Malek, berkata setakat jam 9 pagi tadi, hanya 34 ketua isi rumah telah didaftarkan.

Semua mangsa di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara PPS di Dewan PPR Batu Sapi.

Bagi memudahkan mangsa membuat Laporan Polis, kaunter laporan polis dibuka di PPS berkenaan.

Loading...
Terkini