Oleh : Zahir Senapiah
JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 7 hari dan denda RM80,000 ke atas seorang warga Singapura kerana memiliki 11 ekor burung spesies parrot (burung kakak tua) tanpa kebenaran.
Tertuduh mengaku bersalah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 60 (1) (A) dan Seksyen 68 (1) (A) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (pindaan) 2022 (Akta A1646).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PERHILITAN Johor, semua barang yang sita telah dilupus dan dilucuthak ke Jabatan PERHILITAN.
Pada 31 Mei lalu, tertuduh ditahan kira-kira jam 7.30 petang oleh sepasukan lima pegawai penguatkuasa PERHILITAN di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor.
Hasil pemeriksaan dalam kenderaan tertuduh menemui 11 ekor burung specis parrot termasuk 4 ekor burung ara spp, 3 ekor blue and gold macaw (ara ararauna) 1 ekor yellow-headed amazon (amazona oratrix), 3 ekor scarlet macaw (ara macao).
Turut disita 10 buah kotak kayu, 1 buah sangkar yang menempatkan burung berkenaan, kenderaan dan telefon bimbit.