Tumpuan :
Jenayah

Warga Malaysia ditahan polis Thailand, miliki dadah bernilai RM120,000

Foto hiasan

SUNGAI GOLOK: Polis Thailand menahan seorang rakyat Malaysia yang dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai dadah bernilai RM120,000, Isnin lalu.

Suspek berusia 24 tahun ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok jam 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Jadsadavit Ingprapan, berkata menerusi tangkapan itu, pihaknya berjaya menumpaskan sindiket utama pengedaran dadah.

“Menerusi tangkapan itu, polis merampas 1,943 pil Ekstasi, 1,510 Eramin 5 dan serbuk dadah lain bernilai lebih RM120,000. Kami percaya dadah itu untuk dijual kepada penagih di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ujian air kencing suspek turut dihantar ke Hospital Sungai Golok.

“Pada masa ini, pegawai penyiasat juga mengumpul maklumat daripada saksi, bukti, dan keputusan ujian dadah. Suspek akan ditahan di Mahkamah Wilayah Narathiwat.

“Polis Sungai Golok akan terus menguatkuasakan undang-undang yang ketat kepada pesalah jenayah dadah tanpa diskriminasi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini