comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas dibelasah kerana terlupa beri lampu isyarat

Warga emas cedera di muka selepas diserang pembuli jalan raya di Puchong, Selangor pada 30 Januari lalu.

PUTRAJAYA: Keluarga warga emas yang juga mangsa buli jalan raya mahu individu yang memukul bapa mereka hingga mengalami kecederaan teruk di muka dibawa ke muka pengadilan.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, mangsa, 74, diserang oleh seorang lelaki dipercayai kerana mangsa terlupa memberi lampu isyarat ketika membelok di Jalan PP 2/5, Taman Putra Prima, Puchong.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook Malaysian Indian Stars, anak mangsa dikenali Saraswathy menyatakan ahli keluarga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu namun dimaklumkan bahawa penyerang masih gagal dikesan.

Saraswathy berkata bapanya mengalami kecederaan patah tiga tulang, bengkak dan penstrukturan semula mulut yang memerlukan pembedahan akibat kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian suspek yang memandu kereta jenis Perodua Axia berada di bahagian belakang kenderaan bapanya membunyikan hon selepas bapanya tidak memberi lampu isyarat ketika hendak membelok.

Katanya, ketika turun dari kenderaan untuk meminta maaf, suspek terus menampar dan menyerang bapanya.

“Walaupun orang ramai cuba menghalang lelaki itu, suspek masih terus menyerang bapa saya,” katanya.

Saraswaty berkata keluarganya memerlukan bantuan orang ramai sekiranya mereka mempunyai bukti bervideo berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff ketika dihubungi berkata anak mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini