comscore
Tumpuan :
Jenayah

Warga emas cedera diragut ketika keluar beli surat khabar

KUALA LUMPUR: Wanita warga emas cedera disamun ketika dalam perjalanan membeli surat khabar di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi.

Katanya, tiada kerugian direkodkan kerana tiada barangan berharga dalam beg diragut suspek.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 78 tahun yang sedang berjalan, dihampiri sebuah motosikal dan meragut beg mangsa.

“Mangsa cedera akibat kejadian dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video kejadian itu tular memaparkan wanita warga emas berpakaian merah jambu diragut penunggang motosikal, hingga mangsa jatuh dan kejadian disedari orang awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini