Tumpuan :
Jenayah

Wanita tikam suami hingga maut disambung reman 4 hari

KAJANG: Tempoh reman ke atas wanita yang dipercayai menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, pada 16 Februari lalu disambung empat hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek yang berusia 59 tahun.

Beliau berkata, suspek dijangka dituduh di Mahkamah Kajang, Isnin depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, seorang kontraktor berusia 60 tahun maut ditikam berulang kali oleh isterinya di hadapan sebuah pangsapuri, di sini selepas dikatakan berlaku perselisihan faham.

Kejadian turut disaksikan orang awam yang kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Suspek yang juga suri rumah ditahan di lokasi kejadian, manakala senjata digunakan dirampas untuk siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini