comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita maut dengan kesan jerutan, reman 4 sekeluarga disambung

Foto hiasan

KUANTAN: Tempoh tahanan reman empat ahli keluarga wanita yang ditemui mati di rumahnya dengan kesan jerutan pada leher di Indera Mahkota, di sini pada 14 Ogos lalu, disambung sehingga 28 Ogos ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu.

Katanya empat individu itu membabitkan suami, bapa, bapa mentua dan ibu mentua mangsa berusia antara 27 dan 62 tahun.

“Empat individu terbabit disambung reman sehingga 28 Ogos ini, selepas tempoh reman tamat hari ini,” katanya.

15 Ogos lalu, media melaporkan mangsa berusia 28 tahun yang mempunyai anak lelaki berusia tiga tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh suaminya yang juga warga China di rumah itu, pada 7.30 malam, 14 Ogos lalu.

Terdahulu, bapa mangsa yang berusia 62 tahun membuat laporan kehilangan kira-kira 3.25 petang hari kejadian.

Berikutan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini