KUALA SELANGOR: Seorang wanita yang melarikan rantai emas bernilai RM30,000 di sebuah kedai emas, di sini, kini menjadi buruan polis.
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup pada Isnin lalu menunjukkan wanita berkenaan pada awalnya berpura-pura menjadi pelanggan kedai berkenaan.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, kejadian berlaku pada 12.25 tengah hari dengan laporan dibuat pembantu kedai emas berkenaan.
@buletintv3 Wanita yang berpura-pura jadi pelanggan, kemudian melarikan rantai emas bernilai RM30,000, kini jadi buruan polis. #BuletinTV3 #WanitaSamun #SamunKualaSelangor #CuriRantaiEmas #KualaSelangor
“Ketika kejadian, suspek memasuki kedai dan berpura-pura mahu membeli barang kemas. Dia kemudian melarikan seutas rantai emas (ketika pembantu kedai leka).
“Setakat ini belum ada tangkapan dan polis giat mengesan suspek,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup kejadian tular di Facebook yang menunjukkan memasuki kedai emas dan kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.