comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita ditemui maut berlumuran darah, dipercayai dibunuh

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Seorang wanita ditemui maut dengan kesan berlumuran darah dirumahnya di Taman Bercham Maju di sini, tengahari tadi.

Mangsa ditemui seorang ahli keluarganya yang hadir bagi memberikan makanan kepada wanita itu.

Sumber memaklumkan, ahli keluarganya itu curiga apabila panggilannya dari luar rumah tidak disahut wanita itu.

Dia kemudiannya bertindak meninjau ke dalam rumah sebelum menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia, dan mendapatkan bukti forensik.

Anak lelaki mangsa yang tinggal bersamanya pula ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar Ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, untuk dibedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini