PUTRAJAYA: Seorang wanita ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai dipercayai dijadikan sebagai tempat menyimpan mercun dan bunga api di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) semalam.
Ketua Polis Daerah (IPD),Sepang,Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarka nmaklumat dan risikan polis menyerbu premis itu pada 7 petang dan menahan seorang wanita bangsa Melayu yang juga peniaga berusia 33 tahun pemilik premis berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati pelbagai jenis bunga api dan mercun bernilai RM60,000 dijumpai dipremis itu dan semakan mendapati pemilik tidak memiliki Permit Menyimpan Bunga Api dan Mercun serta melanggar syarat permit seperti mana ditetapkan polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Wan Kamarul berkata, setakat ini pihaknya berjaya mematahkan empat aktiviti penjualan mercun dan bunga api haram termasuk kes wanita itudi kawasan Sepang.
Antara bunga api dan mercun yang dirampas seperti Happy Bom Pop Pop (205 kotak),Happy Boom Manchis (210 kotak),Happy Boom Glories (256 kotak),Happy Boom Glow Of Sun Set Bar (219 kotak),Boom Thunder Clap (68 kotak) dan Hapoy Boom Thunder Clap (11 kotak).