comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita Dan Bayi Lelaki Maut Dikelar Suami

JOHOR BAHRU: Seorang ibu muda berusia 26 tahun dan bayinya berusia tiga bulan ditemui mati dipercayai dikelar suami di sebuah rumah di Bakar Batu, Johor Bahru, Johor jam 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata bertindak atas maklumat pada jam lebih kurang 2.45 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan bersama Ketua Polis Balai Permas Jaya telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan berumur 24  tahun di kawasan Permas Jaya.

Turut dirampas sebilah pisau pemotong daging dan sebuah motosikal warna merah. 

Suspek yang ditangkap dipercayai dalam keadaan berbogel menunggang motosikal seperti yang tular di media sosial.
 
Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum mati.

Loading...
Terkini