Tumpuan :
Jenayah

Video tular lelaki dipukul, empat ditahan untuk siasatan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati rakaman video tular sejak beberapa hari lalu menunjukkan seorang lelaki dipukul beberapa individu didapati berlaku di kawasan Semenyih, Kajang pada 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan dijalankan selepas pihak polis menerima rakaman video yang tular pada jam 10.30 pagi, tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.45 petang, pada 29 Disember lalu.

“Pihak polis juga telah berjaya menahan empat suspek untuk membantu siasatan, kesemuanya lelaki berusia lingkungan 32 hingga 36 tahun.

“Semakan mendapati tiga daripada empat suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah. Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung punca dan motif kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

“Saksi boleh tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab menerusi talian 013-5495236,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini