JOHOR BHARU: Polis mengesahkan dua individu warga tempatan berusia 20-an dan 50-an ditahan dalam kejadian pergaduhan di himpunan motosikal di pantai Desaru malam tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata individu berkenaan ditahan atas kesalahan provokasi.
“Kejadian ini berlaku semata-mata salah faham, anggota yang kita tempatkan di sana dapat menyuraikan pergaduhan itu,”
“Pergaduhan itu berlaku pada pukul 9 malam dan berlaku lagi satu kejadian (pergaduhan), akhirnya kita menyuraikan rusuhan tersebut dan kita menahan dua orang daripada yang melakukan provokasi dan sebagainya,”katanya,
Perselisihan faham dan pertengkaran antara dua pihak pada acara himpunan motosikal di pantai Desaru, di Kota Tinggi, berakhir dengan insiden pergaduhan malam tadi.
Sumber: Video tular pic.twitter.com/VudYvj8Y0j
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 24, 2023
Beliau turut menegaskan siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Sebuah video berdurasi seminit 16 saat memaparkan ketegangan gagal dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi serta merosakkan peralatan di bawah khemah.
Visual kejadian itu yang tular di media sosial dipercayai turut membabitkan peserta antarabangsa.
| ARTIKEL BERKAITAN