Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Lelaki pandu kereta sambil bakar mercun ditahan

 

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memandu kereta sambil membakar mercun di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahamad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya turut merampas sebuah kereta dipercayai digunakan semasa kejadian.

Menurut beliau, pihak polis mengesan satu klip video berdurasi 14 saat yang memaparkan sebuah kereta dipandu seorang individu sambil membakar mercun di Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur jam 8.30 malam semalam.

Hasil semakan katanya didapati video tersebut dengan jelas memaparkan perbuatan berbahaya itu.

Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 31 tahun di kedai majikannya tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 12 tengah malam tadi.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Dia direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Tangkap layar dari video tular

Kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu kesalahan menyebabkan letupan dengan niat mendatangkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

Loading...
Terkini