Tumpuan :
Jenayah

Tukang kebun ditahan polis kerana buat laporan palsu

Foto hiasan

BENTONG: Seorang tukang kebun ditahan polis semalam kerana membuat laporan palsu kononnya disamun, sedangkan sebelum itu dia menjual barangan kemas dan telefon bimbit untuk berjudi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan selepas siasatan dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Polis sebelum itu menerima laporan daripada lelaki terbabit mendakwa kerugian RM20,400 akibat disamun tiga lelaki bersenjata pisau di Genting Highlands, pada 11 malam.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dia sebenarnya berjumpa seorang lelaki dan menjual barangan kemas serta telefon bimbit untuk berjudi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, polis menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini