Tumpuan :
Jenayah

‘Tokan’ dengan 15 rekod jenayah ditahan bersama lebih 4kg syabu

FOTO: NSTP

TAWAU: Seorang ‘tokan’ dadah dengan 15 rekod jenayah lampau ditahan bersama 4,033.87 gram syabu bernilai RM240,000 dalam serbuan di kawasan perumahan, Khamis lalu.

Semakan rekod mendapati, sebelum ini suspek terbabit dalam dua kes dadah, manakala 13 lagi kes jenayah antara curi dan penipuan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, mengesahkan tangkapan ke atas suspek yang kini direman tujuh hari sehingga 26 Januari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

FOTO: NSTP

Ketika serbuan suspek lelaki itu dilihat membawa satu bungkusan plastik hitam sebelum cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai empat bungkusan plastik warna hijau bertulis ‘Guanyinwang’ dengan setiap satunya mengandungi bahan hablur mampat disyaki dadah jenis syabu.

Pihaknya percaya suspek yang berasal dari luar Tawau itu cuba memasarkan dadah berkenaan di daerah berkenaan.

Loading...
Terkini