comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tinggal Bayi Usia 3 Hari Di Tepi Jalan

Gambar hiasan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang bayi lelaki dipercayai baru berapa hari dilahirkan, ditemukan ditinggalkan di tepi jalan Batu 9, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu, kira-kira jam 1.24 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dijumpai seorang wanita yang melalui jalan berkenaan.

“Bayi dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan siasatan lanjut. Pegawai perubatan yang merawat mengesahkan bayi itu sihat dan berumur lebih kurang tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Brodie meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai bayi terbabit supaya menyalurkannya kepada polis bagi membantu siasatan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini