comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tikam ibu saudara dengan gunting, suspek tiada masalah mental

KEPALA BATAS: Polis mengesahkan suspek lelaki yang menikam ibu saudaranya dengan gunting sehingga mati tidak mempunyai rekod masalah mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C Tharmalingam berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar suspek berusia 43 tahun itu bertindak sedemikian.

“Laporan yang diterima polis mendapati suspek tidak mempunyai masalah mental dan polis sudah mengambil keterangan ibu kandung suspek dan saksi berkaitan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Semalam, suspek yang juga penganggur itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Media sebelum ini melaporkan wanita warga emas itu maut ditikam di kepala dengan gunting selepas dipercayai cuba meleraikan pergaduhan antara dua beranak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini