comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga suspek kes bunuh Muhammad Sharqawi ditahan polis

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Tiga suspek kes tikam sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah pangsapuri di persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara minggu lalu berjaya ditahan polis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Solehuddin Zolkifly berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Ibu negara malam tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek yang berusia di antara 50 hingga 61 tahun itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor telah berjaya melakukan tangkapan terhadap tiga lelaki warga tempatan berumur antara 50 tahun hingga 61 tahun di sebuah rumah pangsapuri di Kuala Lumpur.

“Kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod lampau dan dengan tertangkapnya tiga suspek ini, pihak polis percaya salah seorangnya terlibat dalam jenayah tersebut dan dapat menyelesaikan kes bunuh ini,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, Allahyarham Muhammad Sharqawi, 36 tahun, ditemui dengan lebih 20 kesan tikaman di kediamannya di pangsapuri Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara.

Kes bunuh itu awalnya dipercayai berpunca daripada pecah rumah, namun ditukar menjadi kes samun sehingga menyebabkan kematian susulan beberapa barangan peribadi mangsa didapati hilang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini