comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga pegawai kanan polis peras ugut RM1.25 juta diberkas – KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiga pegawai kanan polis telah diberkas kerana disyaki melakukan pemerasan sebanyak RM1.25 juta.

Kes dipercayai melibatkan individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.

Menurut Razarudin, ketiga-tiga mereka usia antara 38 hingga 50 tahun serta berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Razarudin dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga mereka berusia antara 38 hingga 50 tahun serta berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superintendan dan Inspektor.

Tambah Razarudin, siasatan awal yang dijalankan mendapati kesemua suspek menafikan penglibatan mereka dalam kes yang disiasat.

“Siasatan pada masa ini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya.

Menurut Razarudin, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas ketiga-tiga mereka akan dibuat esok.

Razarudin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pemerasan dan boleh dihukum penjara selama 10 tahun dan atau denda atau sebatan.

“Kes ini masih diperingkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Beliau berkata PDRM memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan segala maklumat, risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini