comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tiga Nelayan Warga Asing Ditahan Tiada Dokumen Pengenalan Diri

Foto: APMM

PETALING JAYA- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot fiber bersama tiga kru warga asing Myanmar di kedudukan 7.4 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada sekitar jam 11.11 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan menemukan, seramai tiga kru warga asing Myanmar termasuk tekong berumur antara 27 hingga 34 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Foto APMM

Pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggajikan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Bot itu juga, tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya selain spesifikasi enjin bot tidak sama seperti yang didaftarkan dalam buku lesen.

Kesemua kru, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen.

Loading...
Terkini