Tumpuan :
Jenayah

Tiga lelaki diberkas kerana merusuh di stesen minyak

FOTO: NSTP

Oleh Zahir Senapiah

PASIR GUDANG: Tiga lelaki diberkas polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian merusuh dan merosakkan sebuah kereta di sebuah stesen minyak dekat Kota Masai, Johori.

Tiga suspek yang berumur 17 hingga 24 tahun itu ditahan antara jam 10.45 pagi hingga 12 tengah hari tadi di sekitar Jalan Bunga Raya dan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, semua suspek ditahan selepas video kejadian malam tadi tular di media sosial.

Polis masih mengesan beberapa lagi individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam insiden itu.

Siasatan mengikut Seksyen 148/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak bertindak sendiri sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Semalam tular video memaparkan sekumpulan lelaki menterbalikkan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Kota Masai.

Sebuah Perodua Myvi diterbalikkan oleh beberapa individu dalam kekecohan berkenaan susulan kemalangan jalan raya antara sebuah kereta dan sebuah motosikal penghantar makanan kira-kira jam 9.30 malam.

Dua lelaki yang terlibat dalam nahas terbabit adalah lelaki tempatan berumur 21 tahun.

“Pemandu kereta mendakwa selepas kemalangan itu, sekumpulan individu datang dan merosakkan dan menterbalikkan kereta mereka” katanya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan stabil. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini