comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Tetak suami dengan pisau pemotong daging, isteri direman enam hari

 

KOTA BHARU: Seorang wanita direman enam hari selepas dipercayai menetak suaminya di lengan kanan menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, petang kelmarin.

Suspek berusia 30 tahun ditahan di rumahnya jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata jam 12 tengah malam kelmarin.

Seorang wanita ditahan reman selama enam hari di Mahkamah Kota Bharu selepas dipercayai menetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, petang kelmarin. -FOTO: NSTP

“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditahan di rumahnya di Pengkalan Chepa jam 3 petang semalam.

“Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini