comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tertuduh kes Bella ditahan polis sejurus kembali dari menunaikan umrah

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Siasatan pembunuhan Bella dijalankan secara telus dan menyeluruh oleh pihak polis bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sehubungan itu menafikan dakwaan keluarga mangsa yang mempersoalkan siasatan dilakukan polis termasuk lambat bertindak untuk menyelesaikannya.

“Oh tidak (suspek utama diberi layanan istimewa). Ia sebenarnya begini, siasatan dilakukan secara berperingkat.

“Pertama kita siasat menerusi Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang. Namun apabila keterangan serta bukti tidak mencukupi, kita beri jamin dahulu, bukan lepaskan.

“Oleh kerana kita tidak berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, siasatan diteruskan. Atas usaha Polis Johor khususnya Polis Batu Pahat, kita akhirnya berjaya menemui bukti yang baharu.

“Bukti dan keterangan baharu itu yang membolehkan kita menangkap semula suspek utama dan siasatan seterusnya dibuat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bukan sebab kita bebaskan (suspek) sebab nak beri peluang untuk dia mengerjakan umrah,” katanya.

Ahad lalu, kakak kepada Bella atau Mila Sharmila Shamsusah, 32, wanita yang hilang sejak pertengahan bulan lalu dan dikaitkan dengan penemuan rangka di Tongkang Pechah, mempersoalkan beberapa tindakan polis dalam mengendalikan siasatan kes berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini