comscore
Tumpuan :
Jenayah

Terima rasuah bulanan RM20,000, pegawai penguat kuasa ditahan SPRM

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak menyenaraikan nama seorang individu dalam senarai dikehendaki dan tidak mengeluarkan waran tangkap atas kesalahan berkaitan senjata api.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Beliau berkata, suspek yang bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Kuala Lumpur dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM20,000 secara bulanan daripada individu tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun, beliau berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 selepas pihak SPRM merekodkan keterangan suspek.

Loading...
Terkini