comscore
Tumpuan :
Jenayah

‘Teman lelaki lokal’ alasan wanita asing tinggal lebih tempoh

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: 15 wanita warga asing yang tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata wanita terbabit menjadikan teman lelaki warga tempatan sebagai alasan untuk melanggar Akta Imigresen.

“Dalam serbuan itu kita menahan seramai 15 wanita asing terdiri daripada warga Thailand dan Laos yang berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Hasil soal siasat mendapati sebahagian daripada mereka tinggal lebih masa di sini atas alasan mempunyai teman lelaki warga tempatan.

“Selain itu, ada juga yang didapati telah menyalahgunakan pas yang diberikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas serbuan di lokasi terbabit.

Tambahnya, pihaknya menahan seorang lelaki Pakistan dan empat Myanmar yang merupakan pekerja pusat hiburan dalam serbuan sama.

“Hasil semakan mendapati kesemua mereka melanggar akta imigresen termasuk ada yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua tangkapan dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut dan siasatan akan dibuat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini