BATU PAHAT: Suspek utama pembunuhan ibu tunggal Mila Sharmila Samsusah atau Bella tiba di Mahkamah Batu Pahat.
Suspek berusia 24 tahun itu yang kini berada dalam tahanan polis dijangka menghadapi pertuduhan membunuh wanita itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek dibawa ke mahkamah sekitar jam 8.20 pagi sambil dikawal ketat pasukan polis.
Sebelum ini, lelaki itu adalah individu yang membawa polis ke lokasi sebelum rangka Bella ditemui dalam rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah Jumaat lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella
- Rangka orang Islam diurus seperti jenazah biasa – EXCO agama
- [VIDEO] Kes Bella: Keputusan DNA paling lewat minggu depan
- [VIDEO] Rangka manusia ditemui, keluarga Bella dipanggil untuk pengecaman
- [VIDEO] “Saya harap rangka itu bukan Bella” – Kakak
- [VIDEO] Penemuan rangka: Ujian DNA dijangka selesai dalam masa terdekat
- Bella terlentang sedang meronta-ronta, tangan dan kaki terikat – Emak
- Saya yakin teman lelaki Bella tahu mengenai kehilangan adik saya – Norhisham
- ‘Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau…’
- Mahkamah Batu Pahat jadi tumpuan hari ini, pembunuh Bella akan didakwa
Rangka itu kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan ia milik Bella.
Selain teman lelaki, dua lagi individu dipercayai bapa saudara teman lelaki dan rakannya turut ditahan bagi membantu siasatan.
Ahli keluarga Bella turut hadir bagi mendengar pertuduhan berkenaan.