comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tawar pelaburan tidak wujud, 17 mangsa diperdaya peniaga kosmetik

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

BESUT: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, Terengganu, menerima 17 laporan polis daripada mangsa penipuan ‘jual beli due kutu’ sehingga mengalami kerugian sebanyak RM151,945.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad, mangsa berkenaan diperdaya melalui aplikasi Whatsapp.

Mangsa yang terpedaya telah membuat bayaran ke dalam empat akaun bank milik suspek, selain ada yang menyerahkan wang secara tunai,

“Mangsa yang berasa telah ditipu kerana tidak menerima bayaran balik keuntungan sebagaimana yang dijanjikan pada tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak suspek dan mangsa tampil membuat laporan polis bagi tujuan siasatan lanjut pihak polis.

“Suspek seorang wanita, berusia  31 tahun telah ditangkap semalam, kira-kira jam lebih kurang jam 10.00 malam”, katanya.

Hasil siasatan lanjut ke atas suspek yang juga menjalankan perniagaan kosmetik, mengaku menawarkan skim pelaburan itu secara bersendirian yang diiklankan melalui status Whatsapp miliknya sejak April 2023 sehingga 17 September lalu.

Pada awalnya suspek menawarkan pelaburan ‘kutu’ tetapi telah diubah kepada nama ‘Due Kutu’ berikutan mendapat sambutan yang tinggi.

Kebanyakan mangsa adalah kenalan dan pelanggan perniagaan kosmetik suspek.

Jumlah keuntungan yang telah ditawarkan oleh suspek bergantung kepada kehendaknya, selain tidak pernah menetapkan peratusan keuntungan bagi setiap jumlah pelaburan yang ditawarkan.

Suspek direman dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pihak polis kini masih mengumpul bukti keterangan bagi tujuan pendakwaan.

Polis menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa penipuan tersebut untuk tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini