comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Tahanan lolos: Operasi buru 30 PATI diteruskan

 

TAPAH: Baki 30 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis 1 Februari lalu, masih diburu pihak polis dan imigresen sehingga kini, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi, berkata jumlah tangkapan setakat ini kekal seramai 99 orang yang berjaya ditangkap sepanjang operasi bersepadu sehingga jam 12.30 tengah hari ini.

Katanya, operasi mengesan baki tahanan membabitkan anggota polis dan imigresen akan diteruskan bagi menangkap baki tahanan yang masih bebas.

”Setakat ini kekal seramai 99 tahanan yang lolos dari depoh berkenaan berjaya ditangkap oleh pihak polis dan imigresen dengan kerjasama orang awam.

“Operasi mengesan dan menangkap baki tahanan diteruskan dan tidak pernah berhenti walaupun cuti perayaan mahu pun hujung minggu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 1 Februari lalu, seramai 131 PATI terdiri daripada etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.

Dua daripada mereka meninggal dunia selepas terbabit kemalangan jalan raya ketika melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini