KUALA LUMPUR: Suspek utama yang terbabit dalam kes juruwang wanita warga China maut ditikam di sebuah restoran di pusat beli-belah di Cheras dekat sini, 29 November lalu masih diburu polis.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, setakat ini seramai 10 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Namun, motif kejadian itu masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 30 November lalu, polis mengesahkan wanita berusia 49 tahun maut ditikam empat sehingga lima kali menggunakan pisau pada badannya dalam kejadian jam 3 petang.
Susulan itu, seramai tujuh suspek yang juga rakan sekerja mangsa sudah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Senjata digunakan suspek dalam kejadian juga masih belum ditemui.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.