JOHOR BAHRU: Siasatan awal polis mendapati suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, bertindak sendirian didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, maklumat diperolehi selepas polis selesai menemubual 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan itu.
“Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak sendirian didorong motivasi kefahamannya malah dia dan keluarga juga tidak bercampur masyarakat.
“Oleh itu, serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram adalah terpisah daripada misi besar atau kumpulan terancang…itu tidak ada.
“Insiden semalam bukan mengancam keselamatan awam begitu sekali (seperti persepsi ramai, tular, laporan segelintir media). Jadinya, kita gesa orang ramai, pihak media henti sebar spekulasi berkaitan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, hari ini.
Media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat, yang mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek yang berusia 21 tahun yang ditembak mati di tempat kejadian, merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan.
Susulan kejadian itu, polis telah menyerbu rumah suspek dan tangkapan dibuat terhadap lima ahli keluarganya yang berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, dipercayai ahli JI.
Bapa suspek juga adalah anggota JI di Ulu Tiram dan kediaman suspek juga mempunyai beberapa maklumat berkaitan kumpulan berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- Serangan balai polis: Keluarga suspek memencilkan diri, kediaman di kawasan persendirian berpagar
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- 2 anggota polis terkorban akan dikebumikan di Bidor, Gambang
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Suspek serang, bunuh 2 anggota di Balai Polis Ulu Tiram sah ahli JI – KPN
- Lebih 50 anggota polis kawal ketat Balai Polis Ulu Tiram
- [VIDEO] KPN akan adakan sidang media kes 2 anggota maut, 1 cedera di Balai Ulu Tiram
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram