comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes tembakan di KLIA ada pistol semasa ditangkap – Sumber

Lokasi di mana suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, dipercayai ditahan. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Polis terpaksa merampas sepucuk pistol daripada suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa dia ditangkap di sini, hari ini.

Menurut sumber, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat, D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan menangkap Hafizul Hawari, 38, di Jalan Bayam jam 3 petang tadi.

Suspek ditangkap di hadapan Hospital Pakar Perdana beberapa meter dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan.

Menurut sumber itu lagi, berlaku pergelutan semasa usaha menangkap suspek.

Sepucuk pistol turut dirampas daripada suspek.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penangkapan suspek di sebuah lokasi di sini pada sekitar jam 3 petang.

Semalam seorang lelaki melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 dengan satu daripada tembakan itu terkena pengawal peribadi isteri suspek.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya.

Pengawal peribadi terbabit ketika ini masih dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini