comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Suspek kes tembakan dalam keadaan sihat – Polis

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Kota Bharu hari ini. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, sebelum ditahan di Jalan Bayam, di sini, petang tadi dalam keadaan sihat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Suspek dalam keadaan sihat dan ok secara fizikalnya, bagi kita masa untuk kumpul segala maklumat sebelum kita kongsi dengan pihak media.”

“Esok jam 9.30 pagi kita akan membuat sidang media. Bagi kita jalankan siasatan dulu,” katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan selepas melarikan diri lebih dari 36 jam, akhirnya suspek lelaki, Hafizul Harawi yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang ditahan polis, hari ini.

Sumber sebelum ini mendedahkan polis merampas sepucuk pistol daripada suspek semasa usaha menangkapnya.

Menurut sumber itu lagi, sebelum berjaya menangkap suspek, polis terpaksa bergelut dengan suspek.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini