KOTA BHARU: “Saya memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya,” kata Hafizul Hawari yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 selepas ditahan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.
Lelaki berusia 38 tahun itu memberitahu media demikian ketika dibawa keluar selepas Mahkamah Majistret memerintah dia ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.
Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Hafizul ditahan di Jalan Bayam jam 3 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri dari lokasi kejadian.
Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Polis sahkan isu peribadi dengan isteri kekal motif utama suspek kes tembakan KLIA
- ‘Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis’
- Suspek kes tembakan di KLIA ditahan reman 7 hari
- Isteri mangsa tembak di KLIA syukur suspek ditangkap
- Pengawal peribadi masih kritikal, perlu jalani pembedahan lagi
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN
- Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya
- Tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kota Bharu
- Suspek kes tembakan di KLIA ada pistol semasa ditangkap – Sumber
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera