Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes bunuh peniaga di Kuantan kejam, tidak berperikemanusiaan – Sultan Pahang

AL-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini. – FOTO: Kesultanan Pahang/ Facebook

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu suspek kes bunuh seorang wanita yang ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini ditahan segera.

Pada masa sama, baginda bertitah, hukuman setimpal dikenakan terhadap suspek terbabit jika disabitkan atas kesalahan membunuh.

“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini hari ini.

Baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam kunjungan itu, baginda sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31.

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang peniaga wanita ditemui di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini