comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes bunuh, bakar abang pernah mendapat rawatan mental

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman.

MANJUNG: Lelaki disyaki terbabit kes bunuh dan bakar di sebuah rumah di Taman Muhibbah 2, Sitiawan, di sini, pernah dilihat beberapa kali berkelakuan pelik.

Antaranya termasuk pernah mengayuh basikal dalam keadaan berbogel di kawasan perumahan terbabit.

Perkara itu dimaklumkan seorang jiran, SP Shivaraj, 48, sambil berkata lelaki berusia 39 itu juga pernah dihantar ke hospital (untuk rawatan mental), tetapi baru-baru ini kembali tinggal bersama keluarganya.

“Ada dalam kalangan penduduk menasihati jiran saya ini supaya menghantarnya semula ke hospital,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki, Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib, 46, ditemukan rentung dan tertiarap di ruang tamu, manakala tujuh lagi ahli keluarganya selamat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dilaporkan berkata, suspek yang juga adik kandung kepada mangsa ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, jiran sama ketika mengulas kejadian itu berkata dia terjaga daripada tidur kira-kira jam 2.20 pagi apabila dikejutkan anaknya yang mendakwa terhidu bau asap.

“Sebahagian siling rumah saya terbakar, jadi kami cepat-cepat keluar dari rumah.

“Waktu itu saya nampak rumah jiran terbakar. Semua tujuh ahli keluarga mangsa berada di luar rumah.

“Kami terkejut diberitahu jiran kami meninggal dunia dan ditemukan rentung,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini