MUAR: Suspek lelaki yang diburu polis bagi membantu kes bunuh dan bakar sebuah rumah hingga mengorbankan ibu bapa dan anak saudara perempuannya di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Suspek yang memakai baju lokap tiba di Kompleks Mahkamah Muar jam 9.13 pagi dengan kawalan ketat polis.
Difahamkan Suspek ditahan di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 1 pagi tadi.
Polis sebelum ini giat memburu suspek Azman Mohamed Nor, 48, bagi membantu siasatan selepas melarikan diri sebaik kebakaran rumah separa kekal di kampung paya Redan, berlaku Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi Jumaat lalu, tiga sekeluarga hangus dalam kebakaran.
Mangsa terdiri daripada pasangan warga emas yang juga ibubapa suspek, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82 dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76.
Turut meninggal dunia, cucu mereka yang juga anak saudara kepada suspek, Noradriana Nor Hasyim, 11 tahun.
Bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit membongkar tragedi sebenar yang dilakukan suspek apabila terdapat unsur jenayah.
Jenazah Noradriana telah dikebumikan Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hingga sukar dikenali jantina mereka.
Kakak Noradriana, Norazimah Mohd Radhi, 14, turut mengalami kecederaan kepala dan tangan tetapi berjaya menyelamatkan diri dengan mendapatkan bantuan jiran kini sedang dirawat di Hospital pakar Sultanah Fatimah Muar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] 3 sekeluarga maut dalam kebakaran rumah
- Polis cari Azman Mohamed bagi bantu siasatan kes tiga rentung di Pagoh
- Kebakaran 3 rentung: Ima nampak saya lalu terus peluk – Saudara mangsa
- ‘Keadaan anak saya mukanya hancur disebabkan bekas ketukan’ – Bapa Noradriana
- Kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran ada unsur jenayah, polis buru Azman
- Suspek kes bunuh, bakar rumah melarikan diri ke lokasi lain
- 3 sekeluarga maut, suspek diburu lebih seminggu ditahan, direman pagi ini