comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suami isteri ditahan, disyaki dera budak 8 tahun hingga maut

GOMBAK: Seorang kanak-kanak 8 tahun maut dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 5.27 petang.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

“Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

“Susulan itu pada jam 9 malam kelmarin, polis menahan pasangan suami isteri berusia 29 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

“Lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala isterinya berusia 28 tahun bekerja sebagai pembuat aiskrim,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu adalah bapa tiri kepada mangsa dan wanita terbabit ibu kandungnya.

“Mangsa bersekolah tahun dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Puteri 2 namun tidak hadir ke sekolah sejak Jun lalu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini