comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan 

DUNGUN: Sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri sebuah tabung masjid di Bukit Besi, ditahan semula hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan yang sama.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 23 tahun itu ditahan semula selepas dipercayai cuba mencuri dan memecah tabung Masjid di Kampung Kuala Abang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum itu, kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari berhubung kes kecurian tabung masjid di Bukit Besi.

“Sebaik tempoh reman berakhir hari ini, pihak polis menahan semula kedua-dua suspek untuk siasatan satu lagi kes di Masjid Kuala Abang.

“Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ahli jawatankuasa masjid tersebut memeriksa kamera litar litar tertutup CCTV  masjid, pada 9 Jun lalu,” katanya

Baharuddin berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu cuba memecah tabung masjid berkenaan pada 6 Jun kira-kira jam 10.14 pagi dan 8 Jun kira-kira jam 2 pagi dengan menggunakan objek keras.

“Bagaimanapun, usaha kedua-kedua suspek memecah tabung itu gagal.

“Hasil ujian air kencing terhadap kedua-kedua suspek mendapati lelaki itu positif methamphetamine manakala isterinya negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini