comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM Selangor terima 277 laporan berkaitan rasuah sepanjang 2022

 

FOTO: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA SELANGOR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menerima sejumlah 277 laporan berkaitan rasuah sepanjang tahun 2022.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, berdasarkan maklumat, SPRM telah membuka 38 kertas siasatan dan 113 fail lain berkaitan.

Jelasnya, untuk cawangan SPRM Klang sahaja, 25 maklumat diterima, dengan 12 kertas siasatan dan 21 fail penyiasatan berkaitan lain dibuka.

Statistik ini menunjukkan keperluan satu cawangan tersendiri bagi menjalankan aktiviti penyiasatan, pencegahan dan pendidikan masyarakat selain yang dijalankan oleh Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam,” ucapnya pada Majlis Perasmian SPRM cawangan Kuala Selangor, hari ini.

Tambahnya, Selangor adalah sebuah negeri yang pesat membangun di mana unsur rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dana kerajaan adalah lebih meluas.

“Negeri (bersifat) bandar sudah tentu melibatkan banyak transaksi ekonomi yang besar berbanding kawasan luar bandar dan pinggir bandar yang lain.

“Oleh sebab itu, SPRM telah mengorak langkah kehadapan dalam pembangunan sumber manusia dan kewangan bagi menjalankan aktiviti penyiasatan terutamanya yang berskala besar dan bersifat ketirisan yang besar,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau berkata, rasuah merupakan jenayah yang boleh menyebabkan porak perandanya ekonomi dan sosio-budaya bagi sesuatu tempat atau negara.

Tegasnya, kehilangan hasil daripada perbuatan rasuah perlu dibendung secara berkesan.

Loading...
Terkini