comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sindiket tawar kerja sambilan tak wujud tumpas, 3 ditahan 

Antara perkakas yang dirampas dalam serbuan sindiket tawaran kerja sambilan palsu – FOTO: Ihsan PDRM

JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan yang menjalankan kegiatan tipu tawaran kerja sambilan dalam tiga serbuan dan menahan tiga individu semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata serbuan jam 7 malam itu dilakukan sekitar Johor Bahru.

Katanya tiga lelaki yang ditahan adalah warga tempatan berumur 28 hingga 33 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pelbagai peralatan iaitu empat set komputer, 13 telefon bimbit, lapan kad sim luar negara, tiga kad ATM, kad akses rumah dan sebuah kereta yang digunakan bagi tujuan penipuan dirampas.

“Semakan awal dari set komputer yang dirampas mendapati sindiket ini bergiat aktif sejak tiga bulan lalu, dengan aktiviti penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud.

“Sindiket ini mensasarkan mangsa warga tempatan dan luar negara. Kesemua suspek yang dipercayai ahli sindiket menerima gaji antara RM3,000 hingga RM6,500 sebulan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, hasil semakan juga mendapati kad ATM tempatan dan luar negara digunakan dengan tujuan sebagai pindahan wang penipuan.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini