comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sindiket didalangi wanita warga Rohingya tumpas

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pencuri profesional warga Rohingya yang aktif memecah masuk dan mencuri barangan berharga di lima negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar berkata, sindiket itu dianggotai 6 warga Rohingya termasuk 4 wanita diketuai seorang wanita berumur 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).

Katanya, sindiket itu aktif memecah masuk rumah waktu siang hari dan mencuri pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai, jam tangan, beg tangan berjenama membabitkan kerugian yang dianggarkan lebih RM1.25 juta.

“Sindiket ini kumpulan profesional dan aktif melakukan jenayah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang.

“Hasil siasatan mendapati sindiket ini dipercayai terlibat dengan 21 kes di kawasan Johor dan barang barang kes yang berjaya dirampas bernilai anggaran RM650,000” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor, petang tadi.

Tegasnya, kesemua suspek yang berumur 15 hingga 34 tahun disyaki ahli keluarga telah ditahan di Kota Tinggi pada 25 september lalu hasil maklumat awam.

Siasatan awal mendapati, sindiket terbabit bergiat aktif sejak 2014 dengan mensasarkan kawasan perumahan mewah yang tidak berpengawal dan melakukan jenayahp itu pada awal pagi ketika mangsa keluar bekerja.

Semua barangan yang dicuri akan dijual di pasaran gelap.

Siasatan juga mendapati dua daripada suspek termasuk dalang kumpulan itu yang mempunyai kad pertubuhan bangsa bangsa bersatu untuk pelarian (UNHCR) yang kini dalam proses perbicaraan kes jenayah yang sama di daerah Pontian sejak Februari lalu.

Datuk Kumar berkata, polis sedang memburu seorang lagi ahli kumpulan berkenaan yang juga lelaki warga rohingya berumur 29 tahun bagi membantu siasatan.

Polis Johor telah menyerahkan 19 kertas siasatan kepada pihak pejabat Pendakwa Raya bagi mendakwa kesemua suspek di mahkamah di bawah Seksyen 457, 448 dan 411 kanun keseksaan serta seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua suspek telah diserahkan kepada polis kontinjen Melaka bagi membantu siasatan kes jenayah yang sama di negeri itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini