comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Simbah asid: Polis dapat cap jari, suspek ada sentuh beberapa kawasan


KUALA LUMPUR: Pihak polis sudah mengambil cap jari suspek yang ditinggalkan di beberapa kawasan sebelum menyimbah asid kepada pemain bola sepak negara, Faisal Halim.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hasil semakan di kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan sekitar pusat membeli belah berkenaan.

“Kita sudah pun ekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan di situ, kita masih lagi menunggu analisa cap jari ini dan ia memberi gambaran positif serta mendekatkan diri kita kepada suspek terbaru ini,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kejadian, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tangkapan terbaharu yang kini sedang tular di media sosial, Mohd Shuhaily menafikan mengenai perkara itu.

“Saya menafikan mengenai tangkapan baharu seperti dilaporkan oleh sebuah portal. Laporan yang sahih hanya dikeluarkan oleh pihak kami. Jangan sahkan benda yang bukan daripada sumber sahih.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meninjau lokasi kejadian di mana pemain kebangsaan Faisal Halim disimbah asid pada 5 Mei lalu.

“Kami yang menyiasat, kalau ada tangkapan saya akan kongsikan. Kalau tiada tangkapan pun saya akan kongsikan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shuhaily melakukan tinjauan kira-kira 30 minit sekitar pusat membeli belah berkenaan untuk mendapatkan gambaran sebenar, selain daripada membaca melalui laporan yang diterima.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini