comscore
Tumpuan :
Jenayah

Serangan di rumah Ngeh: Beri ruang kepada PDRM jalankan siasatan

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PUTRAJAYA: Beri ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan dan mengenal pasti motif kejadian serta menjejaki suspek yang terbabit dengan perbuatan khianat di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Seri Ngeh Koo Ham.

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, masyarakat perlu kekal bertenang dan mempunyai keyakinan penuh kepada pihak berkuasa, kerana keselamatan rakyat serta ketenteraman awam merupakan keutamaan Kementerian Dalam Negeri.

“Dia adalah mangsa, dan dari segi siasatan polis, kita kata tugas polis untuk kenal pasti motif, mengesan suspek, mencari punca dan siasatan sudah pun bermula.”

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Tambahnya, kenyataan Ngeh bahawa perbuatan khianat di kediamannya mempunyai kaitan dengan tindakannya menyentuh bidang kuasa perundangan Islam, hanyalah andaian semata-mata.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi Rabu, sebuah kenderaan Ngeh musnah terbakar, manakala dua lagi kenderaan terjejas hampir 30 peratus akibat perbuatan khianat, dipercayai menggunakan bahan peledak ‘molotov cocktail’.

Loading...
Terkini