comscore
Tumpuan :
Jenayah

Semua akaun bank berkait GISBH diteliti PDRM

KUALA LUMPUR: Akaun bank yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sedang diteliti pihak polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia penting bagi membantu siasatan lanjut membabitkan organisasi itu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) bagi mengesan sekiranya wujud transaksi ke dalam akaun peribadi pemimpin kanan GISBH.

“Buat masa ini kita sedang meneliti akaun-akaun bank GISBH selain akaun bank peribadi milik pemimpin syarikat itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki wang-wang didakwa hasil kutipan sumbangan bulanan melalui mahar wakil setiap zon,” katanya hari ini.

Terdahulu media melaporkan sebanyak 153 akaun yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH dibekukan pihak Polis.

Razarudin dilapor berkata, kira-kira 138 akaun bank membabitkan dana berjumlah RM882,795.94 dibekukan, manakala 15 akaun lagi ditutup.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini