Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Seludup petrol, 9 lelaki termasuk warga asing ditahan polis

Oleh: Kumaran Rajamoney

JITRA: Polis Kedah menahan sembilan lelaki termasuk empat warga asing kerana dipercayai terlibat dalam penyeludupan minyak petrol bersubsidi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, penahanan dilakukan sekitar jam 1.15 petang semalam di sebuah premis di Sungai Petani.

“Polis turut membuat rampasan sebuah lori treler yang telah diubahsuai. Pemeriksaan ke atas lori itu menjumpai cecair disyaki minyak petrol berkapasiti lebih kurang 19,000 liter.”

“Anggaran nilai rampasan minyak petrol bernilai lebih kurang RM38,950. Pemandu lori juga gagal mengemukakan dokumen permit khas barang kawalan berjadual dan permit membawa bahan api,” katanya.

Pemeriksaan ke atas warga asing yang ditahan juga mendapati tiada dokumen perjalanan, permit kerja yang sah.

Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kesemua suspek telah dibenarkan reman selama 4 hari bagi warga tempatan, manakala 14 hari bagi tangkapan warga asing untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seskyen 6(1)(C)  Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDN.

Loading...
Terkini