KOTA BHARU: “Saya akan memberi kerjasama kepada pihak polis,” ujar suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu, Hafizul Hawari, 38 tahun kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada kumpulan media.
Terdahulu suspek yang berpakaian baju lokap tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai, termasuk anggota polis.
Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.
Seterusnya suspek akan dibawa ke pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Petaling Jaya pada jam 2 petang ini untuk siasatan lanjut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Suspek kes tembakan di KLIA ditahan reman 7 hari
- Isteri mangsa tembak di KLIA syukur suspek ditangkap
- Pengawal peribadi masih kritikal, perlu jalani pembedahan lagi
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN
- Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya
- Tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kota Bharu
- Suspek kes tembakan di KLIA ada pistol semasa ditangkap – Sumber
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera