Tumpuan :
Jenayah

[KEMAS KINI] Seorang maut, empat cedera dalam insiden tembakan selepas langgar bot APMM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala empat lagi warga Indonesia cedera dalam kejadian tembak di kawasan perairan Pantai Morib, Kuala Langat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika sepasukan anggota maritim (APMM) melakukan rondaan dan bertembung dengan bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin untuk keluar dari perairan negara.

Mangsa yang maut adalah warga Indonesia, dan tiada anggota APMM yang tercedera dalam insiden itu.

Polis juga masih menyiasat sekiranya ada lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian tembakan terbabit.

“Siasatan awal mendapati bot marin ini telah dilanggar oleh bot indonesia dan dalam kejadian itu mereka telah melepaskan tembakan dan bila hari dah siang semakan mendapati ada satu lelaki telah mati di dalam bot dan satu lelaki cedera parah.

“Masih dalam siasatan lagi sama ada berlaku berbalas tembakan atau tidak,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Individu yang cedera dalam insiden itu dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu hasil semakan polis mendapati terdapat tiga warga asing yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dipercayai ada kaitan dengan kes ini.

Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, selain Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini