comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sarjan polis antara 2 ditahan kes rasuah RM10,000

FOTO: NSTP

GEORGETOWN: Seorang sarjan polis antara dua ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima suapan RM10,000 bagi menyelesaikan kes kecurian.

Suspek dan seorang lagi lelaki bekerja sebagai pemandu lori, kedua-duanya berusia lingkungan 30-an ditahan antara jam 10 malam hingga tengah malam tadi apabila mereka ke pejabat SPRM negeri untuk merekodkan keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati mereka bersubahat meminta dan menerima suapan kira-kira RM10,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan menyelesaikan kes kecurian melibatkan tunang lelaki berkenaan.

Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi untuk SPRM mendapatkan perintah reman.

Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan reman dua hari terhadap anggota polis berkenaan dan empat hari terhadap pemandu lori.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini